Tuesday, 15 January 2013

TANGISAN ITU

 tangisan itu
masih segar dalam ingatan ku
tangisan itu
meraih simpati ku
tangisan itu
menyentap naluri penderitaan ku...

sungguh bertuahnya aku
namun tidak bagi saudara-saudara ku
yang hidupnya begitu sengsara
dek kerana kekejaman yang bermaharajalela...

saban hari bedilan bom menemani mereka
mengejutkan anak kecil yang sedang terlena
memaksa para syuhada untuk berjihad dijalanNYA
syahidnya mereka sudah dijangka
harum darahnya menjadi bukti yang nyata...

tangisan itu
menceritakan segalanya
 tangisan itu
penuh syahdunya
tangisan itu
menginginkan haknya
yang selama ini dirampas tanpa relanya
oleh manusia yang tiada belasnya
kerana nafsu yang bermukim dihatinya
  
sabarlah saudara ku
tangisanmu itu pasti akan berlalu
doa ku mengiringi perjuangan mu
moga kamu mendapat kembali hak mu
yang selama ini menjadi medan syahid mu...
  
PALESTIN  dihatiku...

RANTAI PERJUANGAN

Andai ruang waktu mampu aku putar kembali
Ingin sekali aku kembali ke zaman Nabi
Melihat sendiri seorang pemuda yang elok peribadi
Membesar dia menjadi Rasul dan Nabi
MUHAMMAD nama diberi
Punya akhlak yang mulia Terpuji
Lahirnya Baginda membawa risalah suci
Ajaran ISLAM buat umat duniawi
Wafatnya Baginda terasa sayu dihati
Para sahabat menerus misi
Menyebar Islam mengejar SYAHID abadi
Menyambung rantai perjuangan Nabi
Dalam menegakkan DEEN ILAHI

Berpijak aku di alam realiti
Masa tak mungkin berputar kembali
Dengan roh dan jasad pinjaman dari ILAHI
Amanah berat ku pikul kini
Akulah antara rantai perjuangan Nabi
Penerus DAKWAH di muka bumi
Pantang berundur walau sekali
Biar darah tumpah di bumi
kerana SYAHID yang ku impi
Janji ALLAH itu pasti 
ISLAM akan kembali menguasai bumi

ALLAHU AKHBAR



DUHAI IBU

Duhai ibu diri mu begitu suci
Sungguh berat ujian yang kau tempuhi
Untuk hidup di muka bumi ini
Kesakitan yang kau tanggung
tak mungkin aku mengerti
Tapi yang pasti
Bukan diri mu meminta untuk jadi begini

Duhai ibu
Pernah diri ku bertanya saban hari
Mengapa tingkah laku mu tidak seperti 
ibu lain di dunia ini?
Kasih mu dibatasi dengan sakit yang engkau deritai
Layanan kasar yang pernah aku miliki
dahulunya bagai trauma buat diri

Duhai ibu
Pernah aku menjauhkan diri
Kerana takut untuk mendekati
Kerana aku tidak mengerti
Tapi kini aku sedar
Walaupun sakit mu itu 
bagiku masih misteri
Namun kau tetap ibuku
Yang paling mulia di dunia ini

Duhai ibu 
Doa ku agar suatu masa nanti 
Kau juga bisa menjalani
Kehidupan seperti manusia yang lain
Tiada lagi kesakitan pada diri
Yang selama ini kau tanggung sendiri

IBU aku sayangkan diri mu...

Monday, 7 January 2013

PESANAN BUAT SAHABAT


Tika masa kita diuji tentang cinta
pasti terbit seribu punca
terlalu banyak tafsirannya
hingga mengundang bermacam prasangka....

Namun tidak mudah menyerah kalah
adalah tunjang yang utama
dalam medan cinta perjuang
dalam meraih tulus kasihnya ILAHI...

perjuangan itu menuntut kesabaran 
perjuangan itu menuntut kefahaman
perjuangan itu menuntut keikhlasan
perjuangan itu menuntut pengorbanan...

yakinlah wahai sahabat
bahawa dirimu tidak keseorangan
kerana dirimu sentiasa bertemankan
dengan iman dan amal
yang selama ini menghubungkan 
dirimu dengan TUHAN yang menciptakan...

AKU INSAN KERDIL

-->

 aku insan kerdil di mata MU
aku insan kerdil di hadapan MU
aku insan kerdil di bumi MU

hidupnya aku dengan izin MU
hidupnya aku dengan roh MU
hidupnya aku dengan jasad MU

namun
bersyukurkah aku pada nikmat MU
sempurnakah amal ku di jalan MU
cukupkah bekalan ku dalam pertemuan bersama MU

tidak
kerana aku insan kerdil
insan yang sentiasa memburu redha MU
insan yang sentiasa mengharap ehsan MU
insan yang sentiasa mendambakan hangat kasih MU

sesungguhnya aku benar-benar kerdil pada MU
rintih hati ku mengharap keampunan dalam sujud ku kepada MU
ampunilah segala kekhilafan ku di jalan MU

berkatilah aku dan sejahterakanlah hidup ku di sisi MU
tetapkanlah hati ku pada agama MU
moga  aku beroleh taufik dan hIdayah MU...

AMIN...

Friday, 5 August 2011

TEMAN

teman..
sedang aku leka di takuk lama
dirimu hadir menyulam cahaya
menarik manja aku dari terus lalai dan alpa
menyedarkan aku akan natijahnya


teman..
aku ingin dirimu berada di sampingku
menegur baik buruk ku
mengisi kekosongan hidupku
bagi menelan ranjau yang penuh liku


teman..
aku mengerti diri ini kadangkalanya cerewet
kadangkalanya membebankan
salahkah aku teman?
ingin mencuri sedikit perhatian
bagi meluahkan rasa yang lama tersimpan....

Tuesday, 2 August 2011

nota cinta buat kekasihku

terima kasih wahai kekasihku
kerana Engkau memberi peluang
untuk aku mengenali MU


terima kasih wahai kekasihku
kerana Engkau membenarkan aku
mencintai MU


terima kasih wahai kekasihku
kerana Engkau talah memberi
petunjuk dan hidayah MU buat diriku


terima kasih wahai kekasihku
kerana Engkau telah meniupkan
roh dalam jasadku


terima kasih wahai kekasihku
di atas nikmat kurniaan MU
terima kasih wahai kekasihku